Saturday, November 12, 2011

Saturday, November 5, 2011

SALAM DARI PERANTAUAN


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Salam Aidil Adha Dan Selamat Menjalani Ibadah Korban

Cara-cara mencari muka surat dalam Al-Quran dengan mudah


Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja?

Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala..
http://photos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/320243_311104068916347_100000502684316_1374387_688353898_s.jpg

Friday, November 4, 2011

Pencemaran Bahasa Dalam Kalangan Pelajar

PENCEMARAN BAHASA DALAM KALANGAN PELAJAR
Bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi di Malaysia,telah menjadi wahana pembinaan tamadun di Negara ini sejak berpuluh tahun dahulu,dengan mengambil kira dari tarikh keramat ini iaitu tanggal 31 Ogos 1957 sebagai titik permulaan.Jika dikaitkan dengan tamadun Melayu di rantau alam Melayu ini,maka Bahasa Melayu telah menjadi asas kepada pembinaan dan pembentukan tamadun kerana Bahasa Melayu telah dikesan menjadi bahasa terawal dalam tamadun awal di rantau ini pada awal abad masihi.Bahasa  merupakan alat perantara bagi kita menyampaikan perasaan atau pemikiran dalam bentuk tulisan,lisan atau isyarat.Justeru,kemahiran berbahasa perlu dipelajari,dan bukan berserah kepada kudrat semula jadi.Perkara yang ingin saya dibincangkan disini adalah berkaitan dengan pencemaran bahasa dalam kalangan pelajar yang semakin meruncingkan dewasa ini.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pencemaran bahasa.Salah satu faktornya adalah daripada pengaruh rakan sebaya.Masyarakat selalu menyalahkan pengaruh rakan sebaya apabila berlakunya sesuatu masalah yang melibatkan remaja.Bagi faktor ini, betapa mudahnya seseorang remaja mempengaruhi remaja yang lain kerana mereka sendiri tidak pasti akan identiti mereka sendiri.Maka,mereka lebih mudah menerima dan mengulang kembali apa yang dilakukan oleh kebanyakan rakan mereka.Ingin mengikut arus,‘trend’.Supaya tidak dikatakan ketinggalan zaman
            Pengetahuan yang lemah juga menyumbang ke arah pencemaran bahasa.Kebanyakan mereka yang menggunakan bahasa rojak,SMS,bahasa lucah dan sebagainya adalah mereka yang mempunyai pengetahuan cetek dan tidak peka terhadap bahasa yang digunakan dalam berkomunikasi.Selalunya mereka akan menggunakan bahasa harian mereka terutamanya bahasa basahan iaitu bahasa pasar.Di samping itu,budaya asing yang meresap masuk ke negara kita juga merupakan salah satu punca pencemaran bahasa ini berlaku.Hal ini dapat dikaitkan dengan budaya hip-hop yang semakin popular dalam kalangan remaja di Malaysia.Budaya ini menjadi popular dengan kemunculan kumpulan-kumpulan muzik seperti Too Phat.Kemunculan muzik ini membawa kepada pencemaran bahasa kerana penciptaan lirik lagu menggunakan bahasa pasar.
            Selain itu,media massa juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran bahasa ini berlaku secara berleluasa pada masa ini.Bahasa yang digunakan oleh radio,televisyen,atau akhbar sering menjadi ikutan pengguna bahasa,misalnya drama-drama ataupun rancangan yang disiarkan di kaca televisyen kebanyakannya menggunakan bahasa rojak iaitu percampuran antara Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.Di samping itu,sebilangan orang besar dan juga orang ramai termasuk yang membuat ulasan apabila diwawancara di kaca televisyen turut menggunakan bahasa rojak.Perkara-perkara seperti ini membawa kepada berlakunya pencemaran Bahasa Melayu kerana orang ramai akan mudah terpengaruh dengan bahasa yang digunakan di media.
Kesan daripada pencemaran bahasa ini juga akan menyebabkan Bahasa Melayu yang indah akan dipinggirkan oleh generasi Melayu.Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang sinonim dengan masyarakat Melayu.Hal ini bermaksud, Bahasa Melayu adalah bahasa pertuturan bagi masyarakat Melayu untuk berkomunikasi antara satu sama lain.Bahasa Melayu mempunyai peranan yang sangat penting,iaitu sebagai bahasa kebangsaan,bahasa pentadbiran, bahasa pengantar,bahasa rasmi dan sebagainya.Dalam perbualan atau pertuturan kita seharian,kita seharusnya menggunakan Bahasa Melayu untuk memastikan Bahasa Melayu tidak ditelan arus pemodenan atau globalisasi.
Begitu juga pencemaran bahasa ini akan menyebabkan kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang.Apabila bahasa tercemar maka ini akan menimbulkan kekeliruan kepada generasi akan datang untuk mempelajari sesuatu bahasa tersebut.Generasi akan datang akan terkeliru untuk memperaktikkan bahasa yang sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian.Selain itu,jika generasi akan datang mengikut trend yang ada pada masa sekarang sudah tentu bahasa tersebut akan menjadi sejarah pada suatu hari nanti kerana telah hilang identiti bahasa tersebut.
Kesan yang paling ketara adalah menyebabkan mutu Bahasa Melayu baku sama ada lisan atau tulisan merosot.Perkara ini dapat dilihat dalam bidang pendidikan khususnya dalam kalangan pelajar.Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas,lama-kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut.Para pelajar akan turut terpengaruh untuk menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan penulisan di sekolah.Dengan demikian,mutu kualiti bahasa dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin menurun dan tidak mustahil sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu pantun dan syair.
Bagi mengatasi masalah pencemaran bahasa adalah perlu langkah-langkah yang drastik diambil bagi memastikan pencemaran bahasa tidak berleluasa.  Antaranya ialah Guru-guru perlu lebih prihatin dalam mengajar bahasa Melayu kepada pelajar. Setiap kesalahan pelajar ketika menggunakan bahasa Melayu perlu diatasi dengan segera. Aktiviti kebahasaan perlu sentiasa diadakan bagi memastikan kesalahan-kesalahan berbahasa boleh diperbetulkan. Ini akan mengurangkan kesalahan-kesalahan bahasa  dan sekaligus melahirkan pengguna bahasa yang betul. 
Selain itu, para pelajar sama ada  di peringkat rendah mahu pun di peringkat institusi pengajian tinggi perlu mengubah sikap menganggap bahawa bahasa Malaysia itu mudah. Para pelajar perlu sentiasa peka terhadap perkembangan bahasa Malaysia serta ingin meningkatkan pengetahuan dalam bidang bahasa ini. Para pelajar juga disarankan agar sentiasa menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Pelajar-pelajar juga disarankan agar banyak membaca buku-buku, majalah-majalah dan bahan bacaan yang tulis dalam bahasa Melayu dan seterusnya dapat meningkatkan pengetahuan
mereka dalam bahasa.
Di samping itu, media elektronik dan bukan elektronik perlu menyekat penggunaan bahasa yang tidak mengikut sebutan baku bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pendengar, penutur dan pengguna Bahasa Melayu. Media massa ini juga berperanan untuk menyekat iklan-iklan dalam Bahasa Melayu yang menyalahi sistem Bahasa Melayu akibat daripada terjemahan yang salah.
Kesimpulannya,pencemaran bahasa ini merupakan suatu isu atau perkara yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini.Namun,jika pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh teliti dan kerap,tidak mustahil bahasa kita akan menjadi bahasa antarabangsa yang berada di tahap terpenting khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan.Oleh itu,bagi pihak-pihak penerbit majalah atau drama juga haruslah sedar yang mereka juga bertanggungjawab membawa pembaharuan dan penambahbaikan dalam bidang bahasa.Dari sinilah kita mendidik masyarakat agar menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan,sebutan,dan tatabahasa Bahasa Melayu.Akhir kalam ‘Bahasa menunjukan bangsa’.salam.
Hasil nukilan dan gubahan oleh : Fazren b. Amat Pandi